Pengenalan
Kaunseling mempunyai kepelbagaian yang
luas dari segi teori-teori kaunseling yang boleh dipilih. Kaunselor berkesan memilih
teori tertentu seperti Teori Psikoanalisis oleh Sigmund Freud, Teori Rational
Emotive Behavior Therapy oleh Albert Ellis dan Teori Pemusatan Klien oleh Carl
Rogers untuk membuktikan keberkesanan proses kaunseling dan memadankannya
dengan realiti dan kepercayaan peribadi kaunselor tentang sifat semulajadi
manusia dan perubahan mereka.
Setiap
teori akan disertakan dengan latar belakang kehidupan pengasas teori tersebut
kerana “terdapat satu kebetulan antara personaliti pengasas dan teori yang
diciptanya” (Corsini, 1995).
Latar belakang Sigmund
Freud
Teori Psikoanalisis oleh
Sigmund Freud
Sigmund Freud lahir di Freiberg,
Moravia yang sekarang dikenali sebagai Pekan Pribov, Czekoslovia pada tarikh 6
Mei 1856 dan meninggal di London pada tanggal 23 September 1939 pada usia 83
tahun. Selama hampir 80 tahun Freud tingal di Vienna dan meninggalkan kota
ketika Nazi menakluki Austria.
Sebagai anak muda, Freud bercita-cita ingin
menjadi ilmuwan dan dengan keinginan itu pada tahun 1873 Freud yang berusia 17
tahun memasuki bidang kedoktoran University
of Vienna termasuk falsafah dari Franz Brentano , fisiologi di bawah Ernst
Burke dan zoologi bersama Carl Claus. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1881.Beliau
berkahwin dengan Martha Bernays pada tahun 1886 dan dikurniai enam orang anak.
Teori
yang dikemukakan oleh Sigmund Freud
Sigmund
Freud telah mencipta dan mengasaskan apa yang dikatakan sebagai teori
personality pertama yang komprehensif berdasarkan kerjanya selama 40 tahun.
Teori ini juga dikatakan sebagai pembuka kepada teori-teori selepasnya. Teori
ini juga telah dikaji semula oleh beliau hasil daripada kerja-kerja beliau di
klinik. Psikoanalisis bukan sahaja satu teori tetapi merupakan satu kaedah
terapi.
Jenis-jenis naluri
Freud mengelompokkan naluri
ke dalam dua kategori, iaitu naluri hidup dan naluri mati. Naluri hidup
disediakan agar individu dan spesies dapat bertahan hidup melalui cara tertentu
untuk memuaskan kebutuhan akan makanan, udara, dan seks. Naluri ini
berorientasi kepada pertumbuhan perkembangan. Energi psikis yang
dimanifestasikan dari naluri hidup disebut libido. Libido dapat
dilekatkan atau dimanifestasikan pada berbagai objek. Dalam konsep Freud akan
mengatakan disebut dengan cathexis. Misalnya, jika anda memiliki teman sekamar, maka Freud akan mengatakan bahwa
libido anda dicathexiskan olehnya.
(1)
Naluri hidup (life instink: eros). Naluri
hidup merupakan motif dasar manusia yang mendorongnya untuk bertingkah laku
secara positif atau kontruktif. Naluri ini berfungsi untuk melayani tujuan
manusia agar tetap hidup dan mengembangkan rasnya. Naluri ini meliputi
dorongan-dorongan jasmaniah, seperti seks, lapar, dan haus. Naluri ini juga
dinyatakan atau diwujudkan dalam berbagai komponen budaya kreatif, seperti :
seni lukis, musik, kerja sama, dan cinta. Energi yang bertanggungjawab bagi
naluri hidup adalah libido. Libido ini bersumber dari erotogenic
zones iaitu bahagian-bahagian tubuh yang sangat peka terhadap rangsangan yang apabila dimanipulasi dengan cara tertentu
(seperti sentuhan) akan menimbulkan perasaan nikmat
(2)
Naluri
mati (death instink : thanatos). Naluri ini merupakan motif dasar
manusia yang mendorongnya untuk bertingkah laku yang bersifat negatif atau
destruktif. Freud meyakini bahawa manusia dilahirkan dengan membawa dorongan
mati (keadaan tak bernyawa = inanimate state). Pendapat ini didasarkan
kepada prinsip konstansi dari Fechner iaitu bahawa semua proses kehidupan
itu cenderung kembali kepada dunia yang anorganis. Kenyataan manusia akhirnya
mati, oleh kerana itu tujuan hidup adalah mati. Hidup itu sendiri tiada lain
hanya perjalanan ke arah mati. Dia beranggapan bahawa naluri ini merupakan sisi
gelap dari kehidupan manusia. Fungsinya tidak begitu jelas, oleh kerana itu tidak
begitu dikenal. Derivatif dari naluri ini adalah tingkah laku agresif, baik
secara verbal (seperti marah-marah dan mencemuh/ mengejek orang lain) mahupun
nonverbal (seperti berkelahi, membunuh, atau bunuh diri dan memukul orang
lain).
Tahap
perkembangan manusia mengikut Teori Psikoanalisis
Setiap
tahap perkembangan ini didominasikan oleh perubahan khusus di dalam badan
individu. Tiga tahap pertama iaitu oral,anal dan falik dirujuk sebagai tahap
pregenital manakala tahap latensi dan tahap genital berlaku semasa remaja.
Tahap
Oral (tahun pertama kehidupan)
Tahap
ini berlaku semasa peringkat awal kehidupan seseorang iaitu ketika awal
kelahiran atau masih bayi. Pada tahap ini, bayi mendapat kepuasan daripada
aktiviti makan yang meransang di bibir dan ruang mulut serta deria sensitif
yang lain. Misalnya seperti menghisap susu ibu yang memberi kegunaan dan
keperluan bayi untuk makan dan keseronokan. Menghisap memberikan kepuasan
kepada kepada bayi kerana mulut dan bibir merupakann gen yang sensitif.
Terdapat dua aktiviti pada tahap ini iaitu tingkah laku oral- incoperative dan
oral- agresif.
Tingkah
laku oral-incoperative merupakan tingkahlaku meransang keseronokan daripada
golongan dewasa yang mempamerkan keperluan oral yang berlebihan seperti makan
berlebihan, merokok dan meminum minuman keras mungkin mengalami lekatan oral.
Penafian kepuasan oral yang sepatutnya dinikmati semasa bayi menyebabkan
apabila mereka dewasa kelak mereka akan mengulangi tingkahlaku semasa peringkat
oral.
Tingkah
laku oral-agresif adalah seperti mengigit. Ciri-ciri orang dewasa seperti
ganas, agresif, mengumpat dan memebuat komen yang tajam adalah berkaitan dengan
kekurangan pada peringkat ini.
Kanak-kanak
yang mendapat kemewahan material sebagai ganti kepada makanan dan kasih sayang
semasa berada di peringkat ini akan mempamerkan masalah personaliti seperti
tidak menghargai penghargaan kendiri dengan mudah, takut mendekati orang lain,
rasa diketepikan, takut mengasihi dan mempercayai orang lain, menyendiri,
menarik diri dan tidak berkebolehan untuk membina dan mengekalkan hubngan yang
akrab dengan orang lain.
Tahap
Anal (umur 1-3 tahun)
Freud
berpendapat peringkat ini penting untuk perkembangan personality ketika berumur
1 hinngga 3 tahun. Semasa berumur dua tahun, bermulanya latihan ke tandas .
Bayi mengalami pusingan impuls luaran buat pertama kali. Pada tahap ini, sikap
ibu bapa terhadap latihan ke tandas amat penting dan mempengaruhi perkembangan
personaliti apabila dewasa. Ibu bapa yang tegas terhadap latihan ini akan
membentuk personality kanak-kanak yang
dinamakan sebagai anal-agresif oleh Freud.
Latihan
tersebut akan membentuk personality kreatif dan produktif kepad kanak-kanak.
Orang dewasa yang mengalami lekatan pada peringkat ini akan menjadi seorang
yang degil, terlalu pembersih dan kedekut.
Freud memanggil ini sebagai anal-retentive. Kanak-kanak akan mengalami
persaan negative seperti cepat marah, mudah benci dan sebagainya. Perasaan ini
merupakan perasaan yang diterima.
Tahap
Falik (umur 3-6 tahun)
Pada
peringkat ini, kanak-kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Kehidupan
pada peringkat ini dikaitkan dengan menyukai ibu bagi kanak-kanak lelaki dan
menyukai bapa bagi kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak lelaki yang tertarik pada
ibunya mengalami keadaan yang dipanggil kompleks Oedipus manakala kanak-kanak
perempuan yang tertarik pada ayahnya dipanggil kompleks Elektra dan jikka
kompleks ini dapat ditangani dengan baik akan menghasilkan kasih saying yang
diterima seperti anak lelaki yang mempunyai identifikasi yang sangat dengan
ayah. Sikap ibu bapa amat penting pada peringkat ini kerana kanak-kanak mula
berasa gelisah dengan perasaan mereka yang berkecamuk dan mula menggunakan
mekanisma bela diri.
Peringkat
ini menjadi asas kepada sikap seorang dewasa terhadap seks, keintiman dan
identifikasi perasaan seks serta menentukan kepesatan seksual yang berkembang
dalam diri individu.
Tahap
Pendaman (6-12 tahun)
Tahap
ini merupakan tahap dimana kehendak seksual dipendam dalam diri kanak-kanak
yang berumur 6 hingga 12 tahun. Kanak-kanak mula melibatkan diri dengan
bersublimasi seperti melakukan kerja rumah,olah raga dan kegiatan lazim yang
lain serta berada dalam suasana yang menguatkan sifat kelakian atau kewanitaan.
Kanak-kanak bergerak daripada orientasi kepada interaksi yang lebih social dan
mempunyai keinginan untuk bersosial dan berkawan. Focus pada tahap ini adalah
minat kepada dunia luar dan menjalin hubungan.
Tahap
genital (12 tahun ke atas)
Semasa
peringkat remaja, mereka mula meninggalkan zaman kanak-kanak dan bergerak
kepada zaman dewasa. Mengantikan nilai cinta diri kepada cintakan orang lain.
Hubungan di antara berlainan jantina menjadi lebih penting iaitu dalam
perkataan lain mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan
jantina , begitu juga kebolehan membina hubungan yang intim dengan jantina yang
sama. Kehendak seksual digantikan dengan struktur ego, dijaga dan dikembangkan
dengan pengalaman yang baru dan bermakna bagi diri individu.
Pada
tahap ini, mereka memulakan peranan sosialisasi, perlaksanaan aktiviti kelompok
serta bermulanya penarikan interaksi seksual kerana matangnya organ pembiakan
mereka bersama perswdiaan perkahwinan, berkeluarga dan penetapan
vokasional.
Tahap
kesedaran dalam Teori Psikoanalisis
Sigmund Freud mengemukakan
bahawa kehidupan memiliki tiga tingkat kesedaran, iaitu sedar (conscious), prasedar
(preconscious), dan bawah sedar (unconscious). Sampai dengan
tahun 1920an, teori tentang konflik kejiwaan hanya melibatkan ketiga unsur
kesedaran itu. Baru pada tahun 1923, Freud mengenalkan tiga model struktural
yang lain, iaitu id, ego, dan superego yang dikenali sebagai struktur
personaliti . Struktur baru ini tidak menggantikan struktur lama, tetapi
melengkapi atau menyempurnakan gambaran mental terutama dalam fungsi atau
tujuannya.
Tahap
Sedar ( conscious)
Kesedaran berkaitan dengan
makna dalam kehidupan seharian, yang membuat kita menyedari setiap peristiwa,
tingkahlaku dan perasaan yang dialami. Kesadaran merupakan bagian kehidupan
mental atau lapisan jiwa individu. Kehidupan mental ini memiliki kesedaran
penuh. Melalui kesadarannya, individu mengetahui siapa dia, sedang apa dia,
sedang dimana dia,apa yang terjadi di sekitarnya, dan bagaimana dia memperolehi
yang diinginkannya.
Tahap
Prasedar (preconcious)
Disebut
juga ingatan sedia ada (available memory), iaitu peringkat kesedaran yang
berada di antara sedar dan bawah sedar. Keadaan ini merupakan tempat
penyimpanan maklumat yang boleh dikeluarkan apabila dikehendaki. Maklumat yang
merupkan perlakuan lalu jika tidak diberi perhatian, boleh berada dalam keadaan
sedar semula tetapi apabila tidak diberi perhatian, maklumat ini akan ditekan
semula ke bahagian bawah sedar. Di sinilah, maklumat yang berada pada bahagian
bawah sedar dapat muncul ketika prasedar.
Tahap
bawah sedar ( unconscious )
Bawah
sedar adalah bahagian tahap kesedaran yang paling dalam Teori Psikoanalisis dan
menurut Freud merupakan bagian terpenting dari jiwa manusia kerana ia merupakan
perkara yang menetukan keadaan seseorang individu sekarang. Bawah sedar itu merupakan
naluri yang dibawa sejak lahir, dan pengalaman-pengalaman traumatik (biasanya
pada masa kanak-kanak) yang ditekan oleh keadaan sedar dan dipindah ke bahagian
bawah sedar. Maklumat dari keadaan bawah sedar memiliki kecenderungan untuk
bertahan secara berterusan dalam bawah sedar tetapi mempunyai pengaruh yang
kuat dalam mengatur tingkahlaku individu tanpa disedari. Tahap inilah yang
membezakan kaunseling Psikoanalisis dengan teori lain.
Struktur
Personaliti mengikut Teori Psikoanalisis.
Id merupakan sumber segala tenaga psike
sehingga Id merupakan komponen utama dalam keperibadian. Id adalah satu-satunya
komponen keperibadian yang hadir sejak lahir, aspek keperibadiannya sedar dan
termasuk dari perilaku naluri dan primitif. Id didorong oleh prinsip kesenangan
yang berusaha untuk memenuhi semua keinginan dan kebutuhan, apabila tidak
terpenuhi maka akan timbul kecemasan dan ketegangan. Menurut Frued id mencuba
untuk menyelesaikan ketegangan yang diciptakan oleh prinsip kesenangan
(pleasure principal) dengan proses utama yang melibatkan proses dalam pembentukan
citra mental dari objek yang diinginkan sebagai cara untuk memuaskan dorongan.
Sebagai contoh adalah ketika merasa lapar atau haus maka individu tersebut akan
segera memenuhi dorongan tersebut dengan makan atau minum sampai id tersebut dipenuhi.
Yang kedua adalah Ego. Ego adalah komponen kepribadian
yang bertanggung jawab untuk menangani realiti. Menurut Freud, ego berkembang
dari id dan memastikan bahawa dorongan dari id dapat dinyatakan dalam cara yang
dapat diterima oleh orang ramai. Fungsi ego baik di fikiran sedar, prasedar,
dan bawah sedar. Ego beroperasi menurut proses sekunder. Tujuan proses sekunder
adalah untuk mencegah terjadinya tegangan sampai individu tersebut menemui
suatu objek yang sesuai untuk memuaskan dorongannya. Dengan kata lain fungsi
ego adalah menapis dorongan-dorongan yang ingin dipuaskan oleh Id berdasarkan
kenyataan.
Komponen yang terakhir
adalah Superego. Superego adalah
suatu gambaran kesadaran akan nilai-nilai dan moral masyarakat yang ditanam
oleh adat-istiadat, agama, orang tua, dan lingkungan masyarakat. Pada dasarnya
Superego adalah hati nurani, jadi Superego memberikan pedoman untuk membuat
penilaian, baik yang benar atau yang salah. Supergo hadir dalam sedar, prasedar
dan bawah sedar. Id, Ego dan Superego saling mempengaruhi satu sama lain, ego
bersama dengan superego mengatur dan mengarahkan pemenuhan id dengan
berdasarkan aturan-aturan yang benar dalam masyarakat, agama dan perilaku yang
baik atau buruk.
Mekanisme
bela diri mengikut teori Psikoanalisis
Kerana tekanan kecemasan ataupun
ketakutan yang berlebihan, maka ego kadang-kadang terpaksa mengambil cara yang
ekstrem untuk menghilangkan atau mengurangkan tegangan. Cara-cara yang demikian
itu disebut mekanisme pertahanan. Bentuk-bentuk pokok mekanisme pertahanan
tersebut adalah sebagai berikut :
a) Penolakan
Penolakan dilakukan dengan
cara menghalang peristiwa-peristiwa yang datang dari luar kedaran. Jika dalam
situasi tertentu peristiwa ini terlalu banyak untuk di tanggung seorang hanya perlu menolak mengalaminya. sebagaimana
yang anda kira, cara ini adalah cara yang paling primitif dan berbahaya kerana
tidak ada orang yang selamanya mampu lari dari kenyataan. Penolakan boleh
bekerja sendiri atau biasanya digabungkan dengan bentuk mekanisme pertahanan
lain yang lebih kukuh.
b) Penindasan
Penindasan adalah ketidakmampuan untuk
mengingat kembali situasi, orang atau peristiwa yang menakutkan. Penindasan
juga merupakan mekanisme pertahanan ego yang berbahaya sekaligus menjadi bentuk
paling amnya. Mekanisme pertahanan ini berfungsi secara tidak sedar misalnya
rasa takut akan air.
c) Asketisisme
Asketisisme atau menolak segala
keperluan. Mekanisme pertahanan ini paling jarang di kenali orang, namun
menjadi sangat relevan sekali di zaman sekarang dengan begitu banyaknya
gangguan mental yang disebut anorexia.
d) Pengasingan
Pengasingan disebut juga
intelektualisasi diri. Mekanisme ini berjalan dengan cara mengalihkan emosi
dari kenangan yang menakutkan.
e) Penggantian
Mekanisme ini berjalan dengan cara
mengalihkan dorongan ke sasaran pengganti.
f) Melawan Diri Sendiri
Ini merupakan bentuk penggantian
paling khas, di mana seseorang menjadikan dirinya sendiri target pengganti.
Biasanya diri sendiri dijadikan sebagai sasaran pengganti untuk melampiaskan
rasa benci dan marah . Menurut Freud, mekanisme ini dapat menjelaskan perasaan
rendah diri, bersalah dan kemurungan yang kita alami.
g) Unjuran
Unjuran disebut Anna Freud sebagai
pengganti ke arah luar. Mekanisme ini merupakan kebalikan dari melawan diri
sendiri. Mekanisme ini meliputi kecenderungan untuk melihat hasrat anda yang
tidak boleh diterima oleh orang lain.
h) Tawanan altruistic
Adalah bentuk unjuran yang awalnya
kelihatan berlawanan. Di sini, orang berusaha memenuhi keperluan-keperluannya yang
terbaik, tapi dengan memanfaatkan orang lain.
i) Pembentukan Reaksi
Oleh Anna Freud ini dipanggil dengan
"percaya pada hal yang sebaliknya". Mekanisme ini adalah merubah
dorongan-dorongan yang tidak dapat diterima menjadi sebaliknya (boleh diterima).
j) Penghapusan
Mekanisme ini termasuk gesture atau
ritual "ajaib" yang bertujuan menghapuskan fikiran atau perasaan yang
tidak menyenangkan.
k) Introjeksi
Ini juga kadang-kadang disebut
pengenalan. Mekanisme ini bekerja dengan cara membawa keperibadian orang lain
masuk ke dalam diri anda, kerana dengan begitu anda dapat menyelesaikan masalah
perasaan yang mengganggu anda.
l) Pengenalan Dengan Penyerang
Ini adalah bentuk introjeksi yang
tertumpu pada pengadopsian, bukan dari segi umum atau positif, tapi dari sisi
negative. Jika anda merasa takut dengan seseorang, anda akan menakluk rasa
takut itu dengan pura-pura menjadi orang yang anda takuti.
m) Regresi
Regresi adalah kembali ke masa-masa di
mana seseorang mengalami tekanan psikologi. Ketika kita menghadapi kesulitan
atau ketakutan, perilaku kita sering menjadi keanak-anakan atau primitif.
n) Rasionalisasi
Adalah pendistorsian kognitif terhadap
"kenyataan" dengan tujuan kenyataan tersebut tidak lagi memberi kesan
menakutkan. Kita kerap melakukan hal ini secara sedar apabila kita mencuba
memaafkan diri sendiri dari kesalahan dengan menyalahkan orang lain. Bagi orang
yang mempunyai ego sensitive, menyalahkan orang lain begitu mudah dilakukan.
o) Sublimasi
Adalah mengubah berbagai rangsangan
yang tidak diterima, sama ada dalam bentuk seks, kemarahan, ketakutan atau
bentuk lain, ke dalam bentuk-bentuk yang boleh diterima secara sosial.
i love your blog <3
ReplyDelete